MORFOLOGI
Morfologi merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji tentang kata dan pembentukan kata.Ada beberapa perkara utama yang dikaji dalam Morfologi Ini termasuklah cara suatu kata dibentuk, proses-proses yang berlaku dalam pembentukan kata dan bentuk-bentuk yang terhasil dari proses tersebut.
PENGGOLONGAN KATA
Kata dalam Bahasa Melayu dapat digolongkan kepada kelas-kelas seperti yang berikut:
1. Kata Nama
2. Kata Kerja
3. Kata Adjektif
4. Kata Tugas
KATA NAMA
Kata nama ialah kata yang merujuk kepada orang, tempat , binatang, benda maujud dan benda bukan maujud. Kata nama dapat disertai kata bilangan di hadapannya atau kata ganti nama tunjuk di belakangnya. Terdapat tiga golongan kata nama, iaitu:
i) Kata nama am
ii) Kata nama khas
iii) Kata ganti nama
Kata Nama Am
Kata nama am terdiri daripada kata nama am konkrit dan abstrak.
-Terdapat tiga jenis kata nama am konkrit, iaitu:
a) Kata nama am konkrit yang merujuk kepada manusia Contoh : budak , bayi, peguam
b) Kata nama am konkrit yang merujuk kepada tempat Contoh : maktab, pondok , taman
Contoh : arnab, itik, burung
Kata nama am abstrak pula boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu yang boleh dibilang dan yang tidak boleh dibilang.
a) Kata nama am abstrak yang boleh dibilang Contoh : sebab, idea, pendapat
b) Kata nama am abstrak yang tidak boleh dibilang Contoh : air, angin, roh
Kata Nama Khas
Terdapat dua jenis kata nama khas, iaitu:
i) Kata nama khas hidup
Manusia : Norila, David, Misbun
Bukan manusia : Sang Bedal, Si Comel
ii) Kata nama khas tidak hidup
Tempat : Pulau Langkawi, Argentina
Gelaran : Tan Sri, Yang Berhormat
Jenama : Bonia, Adidas, Nike
Institusi : Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dewan Bahasa dan Pustaka
Kata Ganti Nama
Terdapat tiga jenis kata ganti nama, iaitu:
i) Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diri pertama
Contoh : saya, kita, kami
Kata ganti nama diri kedua
Contoh : kamu, engkau, dia
Kata ganti nama diri ketiga
Contoh :beliau, baginda,
ii) Kata ganti nama tanya
Contoh : siapa, apa, bila, bagaimana
iii) Kata ganti nama tunjuk
Contoh : ini, itu, begini, situ
saya tertarik dgn hasil kajian cikgu. Ia dpt memberi manfaat kepada saya untuk memahami lagi tentang bahasa melayu. terima kasih~
ReplyDeleteini saya Harithah.5 Anggerik.terima kasih cikgu,kalau ada ape2 problem boleh la saya rujuk di sini.... terima kasih....:D
ReplyDeleteBOLEH BUAT NOTA NI ....RUJUKAN RINGKAS..BM
ReplyDeleteterima kasih dan syukur kerana dapat memberi manfaat.
ReplyDeletesama2 cikgu.. terima kasih sbb bagi saya buku nota itu... :D
ReplyDelete