Kata tugas merupakan perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung tugas tertentu, contohnya sebagai penghubung, penerang, penguat, penentu, pendepan, penegas dan sebagainya.
Kata-kata tugas terebut adalah seperti yang berikut:
* kata hubung * kata seru * kata tanya * kata perintah
* kata pangkal ayat * kata bantu * kata penguat * kata penegas
* kata nafi * kata pemeri * kata sendi nama * kata pembenar
* kata arah * kata bilangan * kata penekan * kata pembenda
Bagi memudahkan penghuraian, Kata Tugas dapat dikelompokkan ke dalam kategori yang berikut berdasarkan kedudukan dan fungsinya dalam bianaan ayat.
a) Kata penyambung ayat c) Kata pra frasa
b) Kata praklausa d) Kata pascakata
Saturday 28 April 2012
Saturday 21 April 2012
Kata Adjektif
Kata Adjektif
Kata Adjektif merupakan kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Kata adjektif boleh disertai oleh kata penguat seperti 'sungguh', 'amat' atau' sangat'. Oleh yang demikian, jika sesuatu kata itu boleh disertai kata penguat, maka kata tersebut ialah kata adjektif.
Contoh : 1) Bilik itu luas.
2) Bilik itu amat luas.
Terdapat 9 jenis kata adjektif, iaitu:
a) Kata adjektif sifatan atau keadaan
Contoh: rajin, cuai, tenang
b) Kata adjektif warna
Contoh: putih, jingga, kelabu
c) Kata adjektif ukuran
Contoh: sempit, panjang, lebar
d) Kata adjektif bentuk
Contoh: leper, bulat, bujur
e) Kata adjektif bantu
Contoh: baharu, lama, segera
f) Kata adjektif jarak
Contoh: jauh, hampir, dekat
g) Kata adjektif cara
Contoh: pantas, perlahan, cepat
h) Kata adjektif perasaan
Contoh: ceria, sedih, gembira
i) Kata adjektif pancaindera
Contoh: merdu, enak, tenteram

Sunday 15 April 2012
Kata Kerja
Kata kerja merupakan kata yang dapat menyatakan makna perbuatan atau perlakuan.Terdapat dua kategori kata kerja, iaitu:
1)Kata kerja tak transitif
2)Kata kerja transitif
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sesudahnya. Kata kerja tak transitif dapat dikelompokkan kepada dua bahagian, iaitu:
i)kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
ii)Kata kerja tak transitif berpelengkap
i)Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap-merupakan kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut.
Contoh: a) Pak Limbat tersenyum
b) Padi sedang menguning
c) Budak-budak itu berlari
ii) Kata kerja tak transitif berpelengkap-merupakan kata kerja yang perlu diikuti oleh pelengkap bagi
menyempurnakan maksud ayat berikut.
Contoh: i)Dia tidur berbantalkan lengan
ii) Mereka menginap di Hotel Oriental.
iii) Keadaan nenek saya beransur baik.
Kata kerja transitif merupakan kata kerja yang perlu diikuti dengan objek. Objek dalam konteks ini terdiri daripada kata nama atau frasa nama.
Contoh:i)Azura makan nasi ayam.
ii) Imelda mengarang sajak.
iii) Matun sudah membalas surat itu.

Saturday 31 March 2012
MORFOLOGI
MORFOLOGI
Morfologi merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji tentang kata dan pembentukan kata.Ada beberapa perkara utama yang dikaji dalam Morfologi Ini termasuklah cara suatu kata dibentuk, proses-proses yang berlaku dalam pembentukan kata dan bentuk-bentuk yang terhasil dari proses tersebut.
PENGGOLONGAN KATA
Kata dalam Bahasa Melayu dapat digolongkan kepada kelas-kelas seperti yang berikut:
1. Kata Nama
2. Kata Kerja
3. Kata Adjektif
4. Kata Tugas
KATA NAMA
Kata nama ialah kata yang merujuk kepada orang, tempat , binatang, benda maujud dan benda bukan maujud. Kata nama dapat disertai kata bilangan di hadapannya atau kata ganti nama tunjuk di belakangnya. Terdapat tiga golongan kata nama, iaitu:
i) Kata nama am
ii) Kata nama khas
iii) Kata ganti nama
Kata Nama Am
Kata nama am terdiri daripada kata nama am konkrit dan abstrak.
-Terdapat tiga jenis kata nama am konkrit, iaitu:
a) Kata nama am konkrit yang merujuk kepada manusia Contoh : budak , bayi, peguam
b) Kata nama am konkrit yang merujuk kepada tempat Contoh : maktab, pondok , taman
Contoh : arnab, itik, burung
Kata nama am abstrak pula boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu yang boleh dibilang dan yang tidak boleh dibilang.
a) Kata nama am abstrak yang boleh dibilang Contoh : sebab, idea, pendapat
b) Kata nama am abstrak yang tidak boleh dibilang Contoh : air, angin, roh
Kata Nama Khas
Terdapat dua jenis kata nama khas, iaitu:
i) Kata nama khas hidup
Manusia : Norila, David, Misbun
Bukan manusia : Sang Bedal, Si Comel
ii) Kata nama khas tidak hidup
Tempat : Pulau Langkawi, Argentina
Gelaran : Tan Sri, Yang Berhormat
Jenama : Bonia, Adidas, Nike
Institusi : Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dewan Bahasa dan Pustaka
Kata Ganti Nama
Terdapat tiga jenis kata ganti nama, iaitu:
i) Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diri pertama
Contoh : saya, kita, kami
Kata ganti nama diri kedua
Contoh : kamu, engkau, dia
Kata ganti nama diri ketiga
Contoh :beliau, baginda,
ii) Kata ganti nama tanya
Contoh : siapa, apa, bila, bagaimana
iii) Kata ganti nama tunjuk
Contoh : ini, itu, begini, situ
Saturday 17 March 2012
TATABAHASA MELAYU
PENGGOLONGAN KATA
Semua perkataan Bahasa Melayu yang terbentuk sama ada melalui proses tunggal,pengimbuhan, pemajmukan atau penggandaan boleh digolongkan dalam beberapa golongan kata.Nik Safiah Karim et al. (2009), telah menggolongkan perkataan kepada empat golongan utama iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

Friday 9 March 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)