Saturday, 31 March 2012

MORFOLOGI


MORFOLOGI
Morfologi merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji tentang kata dan pembentukan kata.Ada beberapa perkara utama yang dikaji dalam Morfologi Ini termasuklah cara suatu kata dibentuk, proses-proses yang berlaku dalam pembentukan kata dan bentuk-bentuk yang terhasil dari proses tersebut.

PENGGOLONGAN KATA
Kata dalam Bahasa Melayu dapat digolongkan kepada kelas-kelas seperti yang berikut:
1.                   Kata Nama
2.                   Kata Kerja
3.                   Kata Adjektif
4.                   Kata Tugas

KATA NAMA
Kata nama ialah kata yang merujuk kepada orang, tempat , binatang, benda maujud dan benda bukan maujud. Kata nama dapat disertai kata bilangan di hadapannya atau kata ganti nama tunjuk di belakangnya. Terdapat tiga golongan kata nama, iaitu:

i)                    Kata nama am
ii)                   Kata nama khas
iii)                 Kata ganti nama

Kata Nama Am
Kata nama am terdiri daripada kata nama am konkrit dan abstrak.

-Terdapat tiga jenis kata nama am konkrit, iaitu:
           a)    Kata nama am  konkrit yang merujuk kepada manusia
                Contoh : budak , bayi, peguam
           b)   Kata nama am  konkrit yang merujuk kepada tempat
                Contoh  : maktab, pondok , taman
           c)    Kata nama am konkrit yang merujuk kepada binatang
                Contoh : arnab, itik, burung

Kata nama am abstrak pula boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu yang boleh dibilang dan yang tidak boleh dibilang.
          a)     Kata nama am abstrak yang boleh dibilang
                Contoh : sebab, idea, pendapat
          b)     Kata nama am abstrak yang tidak boleh dibilang
                Contoh : air, angin, roh

Kata Nama Khas
Terdapat dua jenis kata nama khas, iaitu:
i)                    Kata nama khas hidup
Manusia                        : Norila, David, Misbun
Bukan manusia             :  Sang Bedal, Si Comel
ii)                   Kata nama khas tidak hidup
Tempat                         : Pulau Langkawi, Argentina
Gelaran                         : Tan Sri, Yang Berhormat
Jenama                         : Bonia, Adidas, Nike
Institusi                         : Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dewan Bahasa dan Pustaka

Kata Ganti Nama
Terdapat tiga jenis kata ganti nama, iaitu:

i)                    Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diri pertama
Contoh : saya, kita, kami
Kata ganti nama diri kedua
Contoh : kamu, engkau, dia
Kata ganti nama diri ketiga
Contoh :beliau, baginda,

ii)                   Kata ganti nama tanya
Contoh : siapa, apa, bila, bagaimana

iii)                 Kata ganti nama tunjuk
Contoh : ini, itu, begini, situ



5 comments:

  1. saya tertarik dgn hasil kajian cikgu. Ia dpt memberi manfaat kepada saya untuk memahami lagi tentang bahasa melayu. terima kasih~

    ReplyDelete
  2. ini saya Harithah.5 Anggerik.terima kasih cikgu,kalau ada ape2 problem boleh la saya rujuk di sini.... terima kasih....:D

    ReplyDelete
  3. BOLEH BUAT NOTA NI ....RUJUKAN RINGKAS..BM

    ReplyDelete
  4. terima kasih dan syukur kerana dapat memberi manfaat.

    ReplyDelete
  5. sama2 cikgu.. terima kasih sbb bagi saya buku nota itu... :D

    ReplyDelete