Sunday 15 April 2012

Kata Kerja

Kata kerja merupakan kata yang dapat menyatakan makna perbuatan atau perlakuan.Terdapat dua kategori kata kerja, iaitu:

1)Kata kerja tak transitif
2)Kata kerja transitif

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sesudahnya. Kata kerja tak transitif dapat dikelompokkan kepada dua bahagian, iaitu:

i)kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
ii)Kata kerja tak transitif berpelengkap

i)Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap-merupakan kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut.
Contoh: a) Pak Limbat tersenyum
             b) Padi sedang menguning
             c) Budak-budak itu berlari

ii) Kata kerja tak transitif berpelengkap-merupakan kata kerja yang perlu diikuti oleh pelengkap bagi
   menyempurnakan maksud ayat berikut.
Contoh: i)Dia tidur berbantalkan lengan
            ii) Mereka menginap di Hotel Oriental.
           iii) Keadaan nenek saya beransur baik.


Kata kerja transitif merupakan kata kerja yang perlu diikuti dengan objek. Objek dalam konteks ini terdiri daripada kata nama atau frasa nama.

Contoh:i)Azura makan nasi ayam.
           ii) Imelda mengarang sajak.
          iii) Matun sudah membalas surat itu.

No comments:

Post a Comment